Salam Maal Hijrah 1431h

Thursday, December 17, 2009

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... syukur alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya masih lagi diberi kesempatan untuk mengecap tahun 1431h. Ku tinggalkan tahun 1430h yang penuh dengan kisah2 duka.. terlalu banyak kehilangan dan kesedihan yang kulalui sepanjang berada di tahun lepas.. Insya Allah.. akan kutinggalkan segala kenangan pahit dan akan aku buka lembaran baru.. dengan harapan pada tahun ini aku akan beroleh kesejahteraan dan kegembiraan. Insyaallah... tahun ini ku akan berusaha untuk melakukan penghijrahan kepada yang lebih baik dan lebih berfikiran positif... cayok..cayok...

apa azam tahun baru aku hah? jeng jong jeng... tak lain dan tak bukan ialah... K.A.W.I.N huhuhu...sejak umur aku 25 tahun lagi azam tu mula tertanam dalam diri aku disamping azam2 lain.. alhamdulillah byk jgklah azam aku yang lain dah tercapai.. tapi nape yang satu ni susah sangat nak dapat.. ntahlah jika ini yang terbaik untuk aku buat masa ini, aku redha... banyak lagi perkara lain yang perlu aku fikirlah so marilah kita sama2 mengenggam tangan dan...

SATU MUHARAM DETIK PERMULAAN
PERKIRAAN TAHUN ISLAM HIJRAH
PERPINDAHAN NABI DAN UMAT ISLAM
DARI KOTA MEKAH KE KOTA MADINAH
ATAS KEYAKINAN DAN IMAN YANG TEGUH
KAUM MUHAJIRIN DAN ANSAR BERSATU
RELA BERKORBAN HARTA DAN NYAWA
DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA
HIJRAH ITU PERMULAAN
HIJRAH ITU PERJUANGAN
HIJRAH ITU PERSAUDARAAN
HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN
OLEH ITU, MARI SEMUA
KITA SAMBUT MAAL HIJRAH
TINGKATKAN SEMANGAT TEGAKKAN SYIAR ISLAM
UNTUK SEPANJANG ZAMAN (3X)

0 comments:

Post a Comment

Diari Andalusia Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino